Kamis, 25 November 2010

Memasang Pelayanan FTP Dalam Windows XP

FTP ialah protokol pemindahan fail dalam rangkaian. Sesiapa yang mempunyai aplikasi klien FTP seperti Internet Explorer, CuteFTP, WS-FTP dan lain-lain boleh membuat sambungan ke pelayan FTP anda. Untuk memasang pelayan FTP dalam Windows:

1) Klik Start -> Control Panel

2) Pilih Add or Remove Programs

3) Dalam kekotak dialog Add or Remove Programs, klik butang Add/Remove Windows Components
 
4) Dalam kekotak dialog Windows Components, skrol ke bawah dan cari masukan Internet Information Servers (IIS). Buat pilihan padanya dan klik butang Details.
 
5) Dalam kekotak dialog Internet Information Servers (IIS), tandakan pada pilihan:

- Common Files
- File Transfer Protocol (FTP) Service
- Internet Information Services Snap-In

6) Klik OK (Lihat Rajah 3)
Seterusnya klik butang Next dalam kekotak dialog Windows Component Wizard. Sila tunggu sehingga proses pemindahan fail sistem (Lihat Rajah 4) selesai.

  7) Sekarang klik butang Start -> All Programs -> Administrative Tools, dan klik pada Internet Information Services. Ini akan membuka konsol Internet Information Services

8) Untuk memasukkan fail-fail ke dalam direktori FTP, buka Windows Explorer dan masuk ke folder InetPubftproot. Salin (copy) fail-fail anda ke dalam folder ftproot. Fail-fail tersebut akan disediakan kepada pengguna-pengguna FTP yang ingin menyambung ke folder FTP anda.

Selepas anda memasukkan semua fail-fail ke dalam folder FTP, buka Internet Explorer dan taipkan alamat URL ftp://127.0.0.1 atau ftp://NamaKomputer. Anda akan mendapati senarai fail-fail dan folder di dalam direktori FTP anda.

0 komentar:

Posting Komentar